“APA LA DOKTOR TU CABUT, PATAH GIGI TINGGAL DALAM.”

     Pernah satu masa, pesakit datang mengamuk. ‘makcik baru cabut gigi kat 1 klinik tu. Dr sana b***h tak pandai cabut’.

Uii ganas betul pesakit ni kata dalam hati. Dr Seri dengar dulu cerita pesakit satu persatu.

‘ok saya dah dengar cerita puan tadi. Sekarang saya nak cek dulu dalam mulut’.

Selesai pemeriksaan dan x-ray. ‘ya betul ada akar pendek tertinggal dalam tu. Tapi jangan risau, selagi tidak sakit tak perlu risau. Nanti gigi tu akan reput sendiri @ kes tertentu pandai dia keluar sendiri, masa tu boleh datang klinik sini untuk cabut.

Sekarang Dr pun tak nampak gigi tu terus dengan penglihatan mata kasar. Jadi eloklah tidak diusik kawasan itu. Risau jika dipaksa korek, nanti berlaku komplikasi kebocoran sinus, kesukaran minum air, kerana air keluar semula ke hidung  dan puan terpaksa dihantar  ke hospital dan menjalani pembedahan.

Dengan usia puan hampir 80 tahun ini, saya berpendapat puan mesti tak sanggup lalui prosedur tersebut. Jadi puan macam mana?’

‘ok Dr, makcik yang b ***h . Makcik tak tahu kesan tu’

Begitulah situasi hari tersebut. Pesakit faham, dia pun tak ada lah hangin satu badan. Betapa pentingnya komunikasi berkesan dengan pesakit.

Sesiapa belum dapatkan khidmat pergigian boleh cuba merasai pengalaman best di sini. Insyallah anda berpuas hati.

Spread the love

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat
Perlukan Bantuan?