Bila sebut gigi palsu, gigi palsu adalah gigi yang diganti selepas gigi asli dicabut. Gigi palsu adalah gigi yang boleh dipasang dan ditanggal dalam mulut.
Gigi palsu yang melekat terus adalah gigi palsu yang tidak betul cara pembuatannya.Biasanya rawatan yang tidak betul ni, dibuat oleh individu tidak bertauliah.
Berbalik kepada kenapa ia perlu tanggal? ia bertujuan bagi memudahkan penjagaan kebersihan gigi palsu, gigi asli yang masih ada dan mulut itu sendiri. Tak ada lah kotor sana sini yang menyebabkan gigi asli rosak dan bergoyang serta mulut berbau busuk. Dalam masa yang sama, gusi perlu direhatkan dari tekanan gigi palsu dan menyelakkan jangkitan kulat.