Ini antara aduan yang biasa diterima bila datang ke klinik gigi. Banyak batu. Batu tu kalau timbang gram macam emas, boleh kaya wooo. 😂
Sebaik sahaja pesakit buka mulut, “waduhh boleh pengsan kayak gini”😅. Tempat paling senang berus tapi tak bersih. hmmmm.. apa ya masalah pesakit ini?
Pertama sekali, Dr Seri akan buat perkara paling asas. Beri kesedaran pada pesakit. Bukan kata mereka ni tak gosok gigi. Kadangkala ada yang berus gigi secepat kilat heheee. Tu la yang tak bersih tu. Bukan salah mereka sepenuhnya, sebab ilmu tak cukup, jadi bila jumpa saya di klinik, saya akan bagi pesakit lebih informasi.Bukan asal berus gigi, gigi akan okay. NO NO NO…. TIDAK SAMA SEKALI!!
Bila tiada yang beri teguran dan cadangan nak perbaiki keadaan mulut dan gigi pesakit , maka masalah yang sama datang berulang-ulang dan masih tak selesai.
Kes macam ni scaling aje dulu, beri khidmat nasihat dan cara penjagaan dengan berkesan serta alat /bahan yang dapat membantu pesakit untuk dapatkan gigi yang lebih baik.
Dah faham?? okay jumpa lagi 6 bulan ya.
Ingin dapatkan konsultasi gigi anda? Klik butang dibawah sekarang.